Sunday 30 September 2012

TRIP I : We are c0me Thailand ! Sawadikappp..=)

Assalamualaikum and hye ! ;)

 Ikuti perbualan sy dan ayah semasa ayh menjemput saya dari kolej minggu lepas ..

Ayah : Na, ayah penah janji kan nak bwk kamu bercuti?

Saya : Ha ? penah ye? ala..lupe la..

Ayah : Kita ke Thailand nak ?

Saya : Thailand ? ala..ape ada kat sane ? macam tak best je..( wat muke x puas hati )

Ayah : Kamu ni nak ikut atau tak? kalo tak nak duk rmh diam2 biar ayh mak pegi berdua..

Saya : ha ? grr..mestilah nak..hurm..

So entry kali ni sy nak share mengenai trip kami..yes ! saya,ayh dan mak sahaja.. kakak2,abg2 terkecuali ye..kali ni trip kami ke Thailand... sawadikapp !


 Destinasi pertama,kami ke Dannok untuk breakfast.. Terkejut juga sebab dekat sane pagi2 diorg dah start jual makanan2 berat,lebih kurang mcm lunch kite dkt malaysia.Selepas puas mengisi perut,kami ke Pantai di Songkla lebih kurang 60 km dari Dannok ( rasenye la sebab tak kira pun brape km nye ) .. Dekat persisiran pantai ni mmg banyak sangat kedai2 cenderahati dan harga dia mmg murah-murah..rugi je kalo datang ke pantai Songkla tak beli cenderahati..10 keychain baru 100 bath duit thailand (duit malaysia RM10)..

Sesi membeli cenderahati utk sedara mara dan kawan-kawan..;)


Di pesisiran Pantai Songkla

Tulisan dekat tepi tu maksud di Pantai kowt..entahla..haha!

finally dpt jgk topi ni..pujuk ayh sebab cuaca tepi pantai ni mmg panas sangat2..

 Selepas puas bersiar ditepi pantai ,kami ke Tang Kuan Hill di Songkla...lebih kurang macam bukit bendera di Pulau pinang.. perbezaan diantara bukit bendera dengan Tang Kuan Hill ni, di bukit bendera kita naik ke ats menggunakan Cable car tapi di Kuan hill ,kita naik ke ats menggunakan Lift..Dari ats bukit,kita boleh melihat seluruh bandar s0ngkla.. masa diberi untuk kami menikmati pemndangan dari ats bukit songkla selama 20 minit sebelum kami turun semula..Harga serendah 30 bath (RM 3.00) seorang dan kanak2 free of charge..=)

Pemandangan dr ats Bukit Songkla
view di atas bukit songkla
Dan apa yang menarik dekat ats bukit ni, Kata-kata hikmah terpapar di merata-rata tempat ..Sambil melawat ,pelancong jugak dapat kata-kata semangat..pandai betul diorang ni..dah rasa mcm dekat sekolah dah.. heee..
Salah satu kata-kata  hikmah yg ada dekat ats bukit S0ngkla..
Lepas je turun dari bukit Songkla ni,ayah terus ajak makan ice cream kelapa.. sedap sebab dalam kelapa tu,ada isi kelapa,kacang,buah ceri,aiskrim vanila n mcm2 lagi..harga untuk satu ice cream kelapa ni 50 bath.. walaupun agak mahal tapi memang berbaloi sebab sedap dan isi dia banyak ..next trip ke thailand confirm cari benda ni lagi..

bersantai sambil makan ice cream kelapa..nyum2

Destinasi kami seterusnya Ice Dome ,Hatyai..Ice dome ni lebih kurang macam I-city..penuh dengan ais-ais ketul..tapi rasenye Ice Dome ni lebih menarik dan lebih sejuk dari I-city sampai tangan dan kaki kami kebas dan tak rasa ape2..hilang upaya kejap bila berada dlm Ice dome ni..Tapi memang enjoy sebab kita bebas pegang ais2 dalam tu siap boleh main gelongsor ais lagi tu.. Untuk masuk ke dalam ice dome ni kami dikenakan sebanyak 300 bath ( RM 30 ) seorang untuk dewasa dan kanak2 200 bath..
One family=)

Eksimo seketika..;)
  Seterusnya,kami ke Nora Plaza ( pusat membeli belah barangan kulit ).. Dekat sini memang tak rasa nak shopping sebab barang2 dia memang mahal .. 2 kali gnda dari harga biasa..so dekat sini kami hanya cuci mata sambil buat perbandingan harga di sini dan di malaysia.. Rasanye harga di Malaysia lebih murah dan berkualiti..Selepas puas berjalan di Nora Plaza,kami ke Local Product shop untuk membeli makanan2 kering..

Tepat jam 3 petang waktu malaysia kami check in di Hotel Yong Dee.. Selesa dan harga pun murah..
Bilik yg kami duduk..Katil besar tu untuk i seorang je..haha !

Lobi hotel..

sempat lagi bergambar ;)

 Lepas check in,kami terus ke Floating Market..Okeh! sumpah tempat ni mmg best gile..Floating market ni mmg jadi tumpuan pelancong di Hatyai..Cuba bayangkan one skirt plus 3 dress just only 700 bats (RM 70)...memang murah dan cantik..bukat skirt and blouse je ,air dalam pasu pun murah jugak,cuma 30 bath (RM 3.00) ,pasu tempat air tu cantik dan besar.. Dan perkara yang paling menarik kat Floating market, diorang meniaga atas sampan..mmg comel dan kreatif..huhu !
Floating market

comel kan..hikhik

with my love mom ;)

pasu-pasu tu menggantikan bekas minuman..memang sedap sebab sejuk je minum air dari pasu tu..=)

Ni la air dlm pasu yg sy ckp td,satu air kelapa dan satu lagi teh ais..kat Malaysia tak dpt ni..
 Sebelah malamnya pula kami ronda2 satu bandar hatyai sambil menikmati makanan2 kat sna..Salah satunya Pulut mempelam..sedap sebab first time makan kot...murah dan buah-buah kat sana semuanya manis..setakat ni tak jumpa la lagi yg masam..wee !

Hari kedua di Thai,seawal 8 pagi waktu malaysia kami ke Bazar..Untuk merasa kelainan,kami naik tuktuk..ape ye tuktuk tu ek? tuktuk tu macam taxi tapi die guna lorry kowt..kita kat sini taxi guna kereta..murah naik tuktuk ni ..cuma 30 bath (RM3.00) seorang untuk perjalanan sejauh 25km..cukup untuk pusing setengah bandar Hatyai tu..
tarra !! ni lah tuktuk..

Dan dekat bazar ni segalanya bermula..mak siap keluar dompet dia nak beli barang-barang n cenderahati utk sedara-mara and kawan..tak terkecuali saya juga..Dibazar ni,barang sebenarnya murah tp peniaga2 kat sana saja letak harga tinggi2 utk pelancong..die pkir kita boleh ditipu?? nehi2..cuba bygkan harga beg 10 ringgit letak 20 ringgit..haish ! selamat mak ni jenis peras ugut nak bagi less price kaw2 punye..beg yg asalnya rm20 terus jadi rm10..haha ! memang lawak..so harga barang yang kami beli dekat bazar Hatyai semuanya pakai harga orang Thai bukan pelancong..murah2..huhu..

tarra! lepas ni nak ke thai kena bawak lorry..baru puas nak shopping..;)

barang2 ni just only for me..;)

 Masa tengah kemas2 beg nak check out,sempat jugak berbual dengan ayah..

Ayah : Na,ape yang kamu dapat dtg ke thailand ni?

Saya : (Dengan slumbernya sy jawab) Hurm,belajar rajin2 then ade duit banyak boleh pegi melancong tempat lain pula..

Ayah : lah? selain tu?

Saya : Entahla..tak tau la dapat ape..ha ! dapt shopping kowt ayah..(pemikiran standard primary school je)

Ayah : isk2..ok !cuba kamu tgk budak2 muda dekat thailand ni..diorang tak nampak pown nak melepak merata-rata tempat,semuanya kerja tlg mak dan ayh..budak2 muda thai ni rajin..

Saya : ye? baik ayah..( diam )

*Okeh ayah! lepas ni saya janji akan jadi lebih berganda2 rajin dr sekarang tapi ayh janji bawak g jln2 lagi ek? hikhik..

p/s : Kepada kakak-kakakku sila pulang segera utk menuntut cenderahati2 kat ats..hee..;P

:: Semakin jauh pemndangan semakin luas pemikiran..insyallah ! have a nice days everyone .. ;)

Tuesday 4 September 2012

Indahnya memiliki keluarga yang bahagia..

Assalamualaikum .. =')

Salam syawal ke 17..

Tajuk entry kali ni Indahnya memiliki keluarga yang bahagia..ye ! sejujurnya sebahagian dari kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Jadi rasanya tanpa memiliki keluarga yang bahagia mungkin hidup kita tak bermakna di dunia ni kan..kan ? 

So,utk entry kali ni I want share some of my family's pictures .. Raya barangkali ?? =P

Family Potrait ( Raya ke 3 )
Home sweet home
mom n qaleesa
my niece & her bf maybe ? ops!
Kakak & her family

Kakak2 + kakak2 sedara



:: taip entry ni sambil mengimbau kenangan raya yg dahulu..hahaah ! bye 2 ! =)


Thursday 23 August 2012

Renungan : Ketabahan seorang sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... =)

 Sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya walupun sekarang dah raya ke 5 ,tetap nak ucap jugak..raya kan sebulan .. huhu ! so hari ni dengan jayanya aku bersama 5 sahabat aku yang lain telah berkonvoi menziarahi sahabat-sahabat kami di sekitar kampung,harapan agar dapat menambah koleksi sampul raya sebab duit raya mmg mati-mati tak kan dapat punye.. Dan dalam kita bergembira menyambut hari raya rupanya ada sahabat-sahabat kita yang terpaksa mengorbankan kegembiraan mereka dek kesusahan dan kesempitan hidup yang mereka hadapi..


 Apa yang membuatkan kami tersedar ketika kami menziarahi salah seorang sahabat kami yang hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Bayangkan dengan jumlah adik beradik yang ramai,mereka hanya tinggal dalam rumah yang sempit tanpa kipas.. disitulah ruang tamu,disitulah tempat mereka berehat, disitulah dapur dan disitulah tempat mereka meletakkan pakaian dan baju-baju.. Sempat juga aku dan alya memerhatikan keadaan rumah dan berbual mengenai keadaan aina ( bukan nama sebenar ).

Aku : liya, cuba bayangkan kita berada di tempat aina (bukan nama sebenar) ,camne ye ?
Alya : a'ah kan.. hurm, tu kita kena bersyukur dengan setiap pemberian Allah..
Aku : tabah betul aina kan.. ='(

Dan aku agak terkejut bila terdengar perbualan diantara ibu aina dan sahabat ibunya..

Ibu aina : aina ni tak nak sambung belajar sebab nak tlg mak dan adik-adik dia..
Sahabat ibu aina : la yeke.. tak pe la kalo camtu.. tolong keluarga..

Dengan melihat kesusahan sahabat-sahabat membuatkan aku tersedar bahawa setiap anugerah dan pemberian Allah adalah yang terbaik untuk kita.. Allah adalah sebaik-baik perancang dan dia juga yang menentukan corak kehidupan kita.. Alangkah bertuah nye kita ,hidup dalam kesenangan, mampu untuk sambung belajar, mampu untuk beli buku , mampu makan makanan yang sedap2 tapi cuba bayangkan kehidupan mereka yang susah, mereka tak mampu untuk beli apa yang mereka mahukan, sekadar mampu melihat dan berharap agar mereka mampu memilikinya suatu hari nanti..Semoga sahabat ku tabah dalam mengharungi hidup-hidup seterusnya .. =')

 :: Tidak berniat untuk membuka aib sesiapa..hanya sekadar renungan agar kita sentiasa bersyukur dengan segala pemberianNYA. salam ukhwah .. =)


L0ve After Marriage is m0re barakah

Assalamualaikum.. 

Okeh straight 2 the point , last week, sambil lepak-lepaking dengan ain ,kitorg tiba -tiba terbuka cerita tentang kisah disebalik perkataan SINGLE yang dah lame ktorg sandang .. ( jawatan yang boleh buatkan aku tersenyum bangga) ..huhu !

Ain : Wa asal ko jual mahal sangat ek dkt tutttt @ tuuuut ??

Aku :Entah la.. soal hati ni tak boleh paksa..(aiceh ! blushing..blushing)

Ain :  Ek? bukan senang kowt nak dapat D***R n U***Z  tu.. bagi jela kat aku..

Aku : Haha ! No way ! Actually ain ..i want to be part of person who can loves after marriage.. it more barakah rite ? tak nak rosakkan lagi kesucian cinta aku ni ..huhu ( sambil kesat-kesat tears kat pipi yang muncit-muncit ni)

Ain : really ? wah ! doakan untuk aku juga ye wa.. (sama..sama nangis )

Sebenarnye, tujuan utama aku wujudkan entry ni bukan nak tunjuk kesucian cinta aku kononnya but i just want to share that love after marriage is very special ...contoh dena bahrin kan ..kan.. sweet gitu .. dan cinta lepas kahwin ni juga banyak " pekdah nye ".. Antaranye :

:: Tak membazir duit nak topup-topup
:: Tak sakit hati bila pakwe curang
:: Tak payah membazir air mata nak nangis-nangis
:: Lebih fokus pada pelajaran
:: Lebih menghargai ahli keluarga dan parent
:: Boleh spent masa banyak-banyak dengan kenkawan ( yang ni aku suka)
:: Yang paling penting, kita akan dapat lebih masa untuk beribadat dan lebih fokus mencari keredhaan Allah .. Insyallah

So lepas ditimbang baik dan buruknya bercinta , aku yakin korang dapat menilai adakah cinta sebelum berkahwin merupakan perkara terbaik atau tidak untuk korang .. Bagi aku tak salah nak bercinta tapi biarlah kita bercinta dengan yang halal bagi kita.. it sounds more awesome and sweet kan ? haha .. =)







Sunday 1 July 2012

Majlis Khatam Al-Quran


Assalamualaikum ..

Semoga sahabat-sahabat dalam payungan rahmat ;)

Alhamdulillah hari sabtu baru-baru ni ( 30hb ) aku berpeluang untuk menghadiri satu majlis khatam Al-quran bsame pelajar-pelajar tahfiz di Masjid Al-azim pandan indah. Dan apa yang menarik semalam , kami telah didendangkan dengan qasidah yang diketuai oleh adik kecil dari tahfiz yang memang tak dinafikan suaranye sangat-sangat la sedap dan syahdu hampir menitiskan air mata kami yang mendengarnya..

Qasidah oleh adik-adik tahfiz
Pada mulanye, kami hanya dapat information untuk datang ke Majlis khatam Al-quran . First expression, aku ingat macam majlis biasa tetapi bila je kami melangkah ke dalam masjid ,apa yang kami lihat masjid dipenuhi kanak-kanak,remaja yang memakai pakaian jubah serba hitam dan berserban. yah ! baru kami perasan majlis ini untuk pelajar-pelajar tahfiz . Bayangkan mereka telah khatam membaca al-quran tanpa melihat mashaf dalam masa 1 hari. subhanallah !
Cenderahati untuk tetamu.. syukran2 ;)
Masa kami tengah tunggu pak cik zun settlekan something kat masjid, ada dua adik tahfiz lalu disebelah kami sambil senyum-senyum .. Dan zun sempat minta nak bergambar .. aish ! malu kakak ni..

zun : dik nak bergambar boleh ?


adik2 tahfiz : ha ?? boleh .. boleh ( sambil pandang sesama sendiri)


zun : eh kenapa tak boleh ye? dosa ye ??


adik2 tahfiz : (senyum)



Terpaksa interprame setelah dipaksa oleh mak cik kantin sekolahku (zun)

Setelah selesai semua urusan dan kerja (kononnye) , kami pulang walaupun tak sempat nak menjamah pulut kuning ( kempunan tahap gaban ni ) . Dan kami juga sempat berpeleseran di uptown sebelum pulang ke rumah walaupun jam menunjukkan 1 pagi..

habis satu kedai kena borong

lepak sambil menjamah aiskrim goreng .. nyum2

Lepas je balik dari uptown semuanye senyap sebab penat dan sedih sebab tak dapat nak borong barang-barang yang memang murah sampai mata terbonjol keluar tengok harga kat situ (menyesal sangat-sangat).. ='(

And the most important ,rasa bersyukur sangat-sangat dan terharu sebab dapat peluang j0in majlis khatam adik-adik tahfiz. Satu dalam seribu kan .. Tenang je tengok diorang .. Insyallah one day nak hantar anak-anak ke tahfiz  ( tekad dah ni walaupun tak bincang lg dengan lelaki masa hadapan ..huhu).. 

Have a nice days friends ! ;)

Friday 29 June 2012

Assalamualaikum ...

"Hari yang baik selalunya dimulakan dgn melakukan perkara2 yang baik
( selalu dgr kan .. kan?? )

So hari ni aku akan share pkara yang b'kaitan bnda baik2 je.. huhu ( buat muka baik sambil senyum sengih-sengih ) Heeee ! dan hari ni bnyk benda yg aku lakukan tapi still confius perkara tu baik @ tidak ( tengah2 kowt )..

Antaranye bangun subuh pada jam 6.40 pg (subuh gajah liat) lepas subuh bace al-quran sambil mate terpejam , lepas tu tidur balik sebab ngantuk sangat ( bukan selalu buat okeh ! ) dan bangun balik sebab terkejut ade budak peluk baby ain yg sedang tidur sebelah saya sambil panggil mama ! mama !.. ( sejak bila plak si ain ni kahwin entah ) ..


wee ! dan kami bertiga (diatas) jugalah telah main masak-masak sampai ayam yang sepatutnya dimasak tapi tak masak ! hahaha... ( sorry baby ain )

Selain makan-makan, tidur lepas subuh (dikategorikan ank dara malas dah ni ) dan main masak-masak, kami juga telah ditugaskan untuk menjaga dua kanak-kanak (sepupu zun) sebab parents diorg ade tugas yang perlu diselesaikan ..

yusuf yang telah ditidurkan oleh ain ( boleh kahwin dah si ain ni )

So menjadi babysitter adalah perkara yang paling mudah bagi aku (kononnye) sebab dh pernah jaga 2 niece saya yang comel-comel dan nakal-nakal.. (actually ank sedara yang jage ashu nye ) ..

Dan buat pertama kalinye pic 2 of my niece ditempek-tempek dalam blog ni ..hee !

Qaleesa lutfyia ( 1st niece ) with my 3rd sister

Adra Adelia ( 2nd niece)

Memang tak dinafikan 2 kanak-kanak comel diatas selalu membuatkan aku tak sabar-sabar nak balik kampung sampai tiap-tiap hari call mak nak tanye boleh balik ke tak.. (kalau boleh nak balik tiap-tiap minggu )..huhu ..

kesimpulannye,banyak benda yang baik sbnarnye yang boleh kite lakukan untuk mengisi masa lapang dari kita duk selalu buang mase,lepak-lepak dan sebagainya.. kan? kan? 

p/s : semoga hari ni lebih baik dari semalam .. insyallah .. =)



Thursday 28 June 2012

Asssalamualaikum ..
Hye ! Hye ! Hye !

Sory .. sory.. excited sgt sbb ni 1st update blog (sbnarnya tak de perasaan pown ) .. haha ! Thanks zun sbb support kite ..

Actually dah pernah ade bl0g tp lupe password nye sbb selalu minum air sirap ( lecturer kate air sirap dibuat dr semut merah ) patut la selalu amnesia sbb tiap-tiap pergi kenduri mesti hirup air sirap banyak2.. 


Kesan daripada mempercayai maklumat yang telah dikeluarkan oleh pensyarah, perkara yang paling tak sabar nak buat waktu cuti yang akan datang ni antaranye wajib keluarkan dialog emas ni bila mak ajak pergi kenduri...."Mak ! lepas ni anna tak nak pergi kenduri dah takut amnesia !!" *tak perlu risau dah nak buat-buat demam sbb tak nak g kenduri .. haha ! 

( sorry mak ) =)

And sempena 1st update ni banyak benda yg anna nak share !! Antaranya .... Tarrraaaa !!

* Name sbnar : Salwa hasanah .. 
* Asal usul : Kerabat diraja perak  ( Pcaye jela )
*  Belajar :  Perguruan TESL 
* Adik beradik : 4 Org dan saya ank sulung dr segi fizikal tp ank bongsu dr segi mental ( effect psikologi  pendidikan )

Rase mcm biodata zaman sekolah2 plak.. selalu dpt hadiah sbb biodata paling cantik .. weeee !

And sempena meraikan majlis gilang gemilang kerana baru berjaya meng "update" entry yang pertama , anna dengan bangga nya memperkenalkan siapa yg selalu memaksa anna utk mewujudkan blog serba indah ini ..

Tarra !! 

Mak cik kantin sekolah ( zun )
Mak cik cantik ini antara classmate anna yg boleh dikatakan rapat la jgk walaupun selalu b'tengkar sambil baling-baling pinggan kak fai.. huhu.. 

Dan sumber inspirasi anna yg kedua TARRA !!!!!

Syafiqah Salleh yg gojes bsama mak cik kantin sekolahku zun .. heee !


Dua-dua kakak yang gojes di atas ni antara blogger yang aktif so mmg sgt2 respect sgt kat diorg walaupun sibuk bebenor ( kate org perak ) tp still ada masa nak coret-coret blog diorang tiap-tiap hari.. tahniah .. tahniah ..

Dan sumber inspirasi anna yg terakhir off sure la my luvly parents n also my siblings..( tak dpt nak tempek gmbr2 diorg especially my siblings sebab takut kena baling dgn selipar jepun cap besi karat ... haha ! )

Dan yang terakhir sekali..memperkenalkan diriku yang serba kekurangan ini
 ( pura2 rendah diri ) ..

Tarrrrrraaa !!
ni je pic yang mampu ditempek .. huhu


Dan yang terakhir sekali buat kali ke seribu.......................................................haha ! sory..sory ..sebenarnya dah habis modal ! ( buat muke tak bersalah )

nite and selamat malam !! ^_^


p/s : Dah rase macam buat folio zmn sekolah-sekolah dulu siap ade sumber inspirasi bagai .. btw thanks sumber2 inspirasiku yg sentiasa memberi inspirasi dan tak putus-putus memberi semangat kepada ku dlm menjayakan misi membuat blog ni.. aiceh ! ( geli otak bila baca balik ) huhu...