Thursday 23 August 2012

Renungan : Ketabahan seorang sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum... =)

 Sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya walupun sekarang dah raya ke 5 ,tetap nak ucap jugak..raya kan sebulan .. huhu ! so hari ni dengan jayanya aku bersama 5 sahabat aku yang lain telah berkonvoi menziarahi sahabat-sahabat kami di sekitar kampung,harapan agar dapat menambah koleksi sampul raya sebab duit raya mmg mati-mati tak kan dapat punye.. Dan dalam kita bergembira menyambut hari raya rupanya ada sahabat-sahabat kita yang terpaksa mengorbankan kegembiraan mereka dek kesusahan dan kesempitan hidup yang mereka hadapi..


 Apa yang membuatkan kami tersedar ketika kami menziarahi salah seorang sahabat kami yang hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Bayangkan dengan jumlah adik beradik yang ramai,mereka hanya tinggal dalam rumah yang sempit tanpa kipas.. disitulah ruang tamu,disitulah tempat mereka berehat, disitulah dapur dan disitulah tempat mereka meletakkan pakaian dan baju-baju.. Sempat juga aku dan alya memerhatikan keadaan rumah dan berbual mengenai keadaan aina ( bukan nama sebenar ).

Aku : liya, cuba bayangkan kita berada di tempat aina (bukan nama sebenar) ,camne ye ?
Alya : a'ah kan.. hurm, tu kita kena bersyukur dengan setiap pemberian Allah..
Aku : tabah betul aina kan.. ='(

Dan aku agak terkejut bila terdengar perbualan diantara ibu aina dan sahabat ibunya..

Ibu aina : aina ni tak nak sambung belajar sebab nak tlg mak dan adik-adik dia..
Sahabat ibu aina : la yeke.. tak pe la kalo camtu.. tolong keluarga..

Dengan melihat kesusahan sahabat-sahabat membuatkan aku tersedar bahawa setiap anugerah dan pemberian Allah adalah yang terbaik untuk kita.. Allah adalah sebaik-baik perancang dan dia juga yang menentukan corak kehidupan kita.. Alangkah bertuah nye kita ,hidup dalam kesenangan, mampu untuk sambung belajar, mampu untuk beli buku , mampu makan makanan yang sedap2 tapi cuba bayangkan kehidupan mereka yang susah, mereka tak mampu untuk beli apa yang mereka mahukan, sekadar mampu melihat dan berharap agar mereka mampu memilikinya suatu hari nanti..Semoga sahabat ku tabah dalam mengharungi hidup-hidup seterusnya .. =')

 :: Tidak berniat untuk membuka aib sesiapa..hanya sekadar renungan agar kita sentiasa bersyukur dengan segala pemberianNYA. salam ukhwah .. =)


No comments:

Post a Comment